Sunday, July 13, 2008

Ebook Panduan Penggunaan Blogger Sebagai Blog


Kini hanya tinggal 20% lagi untuk menyiapkan Projek Ebook Panduan Blogger ini. Hanya tinggal 2 sub-topik untuk Bab Layout, dan 6 sub-topik untuk Bab Settings. Di harap ebook ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari newbie Blogger.

Ebook ini menceritakan tentang Panduan Asas Penggunaan Blogger sebagai platform blog. Sebarang update yang akan disusuli selepas ini ialah Ebook Menjana Pendapatan Dengan Blogger, EBook Menjadikan Blogger Sebagai Surat Jualan Produk, Ebook Menjadikan Blogger Sebagai Video Blog dan banyak lagi yang akan menemui anda nanti selepas kejayaan Ebook pertama saya ini.

Projek ini dikendalikan oleh 2 orang sahaja iaitu saya (Sham Razi selaku penulis) dan Nizam Ahamad (sebagai perekacipta rekabentuk grafik ebook serta surat jualan).

Untuk pengetahuan semua Nizam Ahamad merupakan seorang designer yang cukup hebat di dalam menghasilkan sesuatu design. Beliau juga merupakan Owner kepada sebuah Forum yang cukup terkemuka di Malaysia iaitu Pergh Dot Com. Beliau juga pernah menjadi Digital Colourist di Kumpulan Karang Kraf di Jabatan Komik.

Jadi saya mengeyorkan kepada newbie² yang ingin menulis blog dapatkan Ebook Panduan Penggunaan Blogger yang akan berada dipasaran tidak lama lagi.

Sekian Terima Kasih.

Sunday, July 6, 2008

Baizura Feat Duta Cinta Antara Kita

Lagu tema Dunia Baru The Movie.

Saturday, July 5, 2008

Latar Belakang

Nama Mohamad Norhisham Bin Mohamad Razi (Sham Razi). Mula mengenali internet sejak tahun 1996 (zaman ketika menggunakan dial-up) Mula mengenali Nizam Ahamad ketika beliau bekerja di Cyber Cafe milik saudara beliau di Centre Point Kuala Lipis Pahang. Sejak itu kami mual menjadi best friends sebab pemikiran kami yang berbeza daripada golongan lain (bukan Gay). Dari segi cara pemikiran beliau dan pandangan dalam selok-belok perniagaan membuatkan aku semakin berminat untuk menceburi bidang perniagaan ini.

Melalui Nizam aku mula mengenali bidang penulisan blog. Dari situ aku mula mengenali Wordpress, Blogspot (Blogger) dan sebagainya berkaitan dengan laman web. Dia boleh dikatakan seorang guru dan sahabat bagi aku. Sesiapa yang nak berguru dengan beliau kenalah tahan dengan perangai beliau. Sebab beliau tidak akan mengajar anda 100% dari A sampai Z, kerana prinsip dia "Mengajar orang memancing ikan, lebih baik dari memberi ikan kepada orang tersebut"

Kami pernah melalui zaman-zaman kegelapan ketika menjadi rakan kongsi di dalam sebuah syarikat pembinaan. Biarlah perkara ini menjadi kenangan abadi pada kami. Apa yang penting sekarang ialah kami cuba bangkit kembali di dalam dunia perniagaan tetapi di alam maya/cyber. Kami ingin mencuba menjadi usahawan dunia IT. Dengan hasil kepakaran masing-masing di harap apa yang kami cita-citakan akan tercapai. 

My Headline Animator

Sham Razi Blog