Nama Mohamad Norhisham Bin Mohamad Razi (Sham Razi). Mula mengenali internet sejak tahun 1996 (zaman ketika menggunakan dial-up) Mula mengenali Nizam Ahamad ketika beliau bekerja di Cyber Cafe milik saudara beliau di Centre Point Kuala Lipis Pahang. Sejak itu kami mual menjadi best friends sebab pemikiran kami yang berbeza daripada golongan lain (bukan Gay). Dari segi cara pemikiran beliau dan pandangan dalam selok-belok perniagaan membuatkan aku semakin berminat untuk menceburi bidang perniagaan ini.Melalui Nizam aku mula mengenali bidang penulisan blog. Dari situ aku mula mengenali Wordpress, Blogspot (Blogger) dan sebagainya berkaitan dengan laman web. Dia boleh dikatakan seorang guru dan sahabat bagi aku. Sesiapa yang nak berguru dengan beliau kenalah tahan dengan perangai beliau. Sebab beliau tidak akan mengajar anda 100% dari A sampai Z, kerana prinsip dia "Mengajar orang memancing ikan, lebih
baik dari memberi ikan kepada orang tersebut"
Kami pernah melalui zaman-zaman kegelapan ketika menjadi rakan kongsi di dalam sebuah syarikat pembinaan. Biarlah perkara ini menjadi kenangan abadi pada kami. Apa yang penting sekarang ialah kami cuba bangkit kembali di dalam dunia perniagaan tetapi di alam maya/cyber. Kami ingin mencuba menjadi usahawan dunia IT. Dengan hasil kepakaran masing-masing di harap apa yang kami cita-citakan akan tercapai.



No comments:
Post a Comment